Tips Diindex Oleh Google Dalam Tempoh 5 Hari
Sep 19th, 2007 by bismut
Aku hanya nak bercerita bagaimana laman blog superheromelayu.net berjaya diindex oleh Google dalam tempoh 5 hari. Mungkin langkah-langkah yang aku lakukan boleh digunakan sebagai panduan untuk domain diindex dengan cepat oleh Google. Buat pengetahuan semua, aku daftar domain Superheromelayu.net ini pada 13/09/07 di Godaddy. Aku bayar murah je USD5.20 (RM17.90) untuk domain tu. Biasalah kalau nak membeli domain di Godaddy ni semestinya menggunakan kod kupon diskaun yang berjaya mendiskaunkan harga domain supermelayu.net daripada harga asal USD8.99 setahun. Disebabkan murah sangat kot aku beli, ada beberapa masalah teknikal yang membolehkan domain superheromelayu.net live hanya pada keesokkan harinya.
Sebenarnya aku sudah pun mempunyai laman blog dengan domain superheromelayu.info sebelum ini. Jadi aku cuma perlu Add-On saja domain Superheromelayu.net ke laman blog yg tersedia ada. Perlu diingatkan setiap URL baru tidak dianggap sebagai sudah establish walaupun laman web anda sudah wujud 10 tahun yang lalu dan hanya bertukar URL. Selepas selesai proses Add-On dan domain .Net sudah pun live, langkah pertama yang aku lakukan adalah mengemaskinikan sitemap dengan URL yang baru supaya Googlebot dapat mengenalpasti alamat URL terbaru aku. Google sitemap ini sangat penting dalam membantu laman web aku untuk dikenali oleh Google. Ia seperti aku memberi pelan rekabentuk rumah aku kepada Google. Hantarkan alamat sitemap laman web anda ke Google Webmaster.
Kemudian, aku melawat beberapa laman web untuk menyertai perbincangan dan meninggalkan komen yang mempunyai signature bersama alamat URL SuperheroMelayu.net. Pada 18/09/2007, laman blog superheromelayu.net sudahpun diindex oleh Google. Tapi aku tak tahulah bila betul-betul laman web aku muncul di Google kerana Google Webmaster Tool menunjukkan laman blog aku telah dirayap oleh Googlebot pada 14/09/2007.
Habis tuh bila aku betul-betul tahu laman blog aku dah diindex? Pada 18/9/07 aku gatal-gatal tangan pergi taip superheromelayu.net dalam kotak carian Google dan tekan butang search. Keputusan carian menunjukkan laman blog superheromelayu.net telah diindex oleh Google . Huh! Tersengih-sengih aku macam kerang busuk. Sememangnya aku sungguh genius walaupun gatal tangan!!!
hmmm… sitemap belum install lagi dalam blog. namun akan saya kembalikan semula sitemap tersebut… tiada sitemap umpama tiada petunjuk untuk blog bertakhta di hutan belantara google yang berjuta2 site itu… oh dan oh lagi sekali…
namun biskut raya 2007 tetap menjadi pujaan hatiku… miahahahaha
eBook lagi ke?..maaf jika saya katakan saya agak sukar untuk membeli panduan ebook ini kerana sudah banyak kali terkena..Tak berbaloi bagi membeli hanya untuk membaca benda yang dah saya diketahui..Hanya kena rajin selak-selak sikit dibalik Google tu dapatlah benda yang dicari..
Thanks for the info.
Maaf, saya orang Indonesia ingin bertanya :
kenapa web saya ketika di google diketikkan site:www.*********.com tidak ada hasil. Namun jika site:*********.com tampil indexnya.
Bagaimana agar bisa diindex pada bagian www-nya juga ?
Salam dari Indonesia.