Adakah akan berlaku satu lagi wayang flip-flop daripada PM sekarang? Takkanlah kita tak ingat drama-drama flip-flop sebelum nih.Pernah dengar ayat macam nih tak? – “Saya belum berkahwin lagi, semua ini gossip sahaja.”, “Parlimen tak akan dibubarkan besok”, “Harga minyak tak akan dinaikkan selepas pilihanraya”…

Apa aku nak kata? Kamu sudah hilang kredibiliti lah Pak Lah. Tak payahlah tunggu 2010, lagi cepat lagi baik. Terlalu banyak flip-flopping, main politik dan tertidur semasa bertugas akan menghancurkan ekonomi negara. Kamu sudah gagal dalam tugas!!! Aku rela hilang Pak Lah dan UMNO daripada gagal membawa balik sesuap nasi untuk anak dan isteri di rumah.

Pak Lah to quit in June 2010
KUALA LUMPUR, July 10 — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will step down as Umno president and Prime Minister in June 2010.

He is likely to announce the transfer of power date to Datuk Seri Najib Abdul Razak at a gathering for Umno officials today, a move aimed at reducing the level of political uncertainty in the country and the expected jostling for senior positions ahead of party elections in December.

His decision to set a specific date of departure will have repercussions on the party elections, with him and Najib likely to be returned unopposed as the No 1 and No. 2 in the party. This will almost certainly end Tengku Razaleigh Hamzah’s valiant attempt to win the 58 nominations required to contest the party president’s position. – Exclusive to The Malaysian Insider

Dulu masa projek ini dibatalkan kos lebih kurang RM12 billion. Katanya PM sebagai langkah penjimatan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Tapi sekarang lagi mahal. Berapa agaknya komisen yang diterima oleh pihak yang tak sepatutnya ye. Inilah dasar DEB yang telah di puteraUMNO kan.Siapa yang rugi dalam hal ini? Mestilah rakyat marhaen seperti kebiasaannya..

Double-tracking rail project to cost RM23b

The Gemas-Padang Besar electrified double-tracking rail project will cost RM22.93 billion and is expected to be completed in 2012, Transport Minister Datuk Ong Tee Keat told the Dewan Rakyat yesterday.

He said of the total, RM3.45 billion was for the construction of tracks on the Gemas-Seremban section.

The rest are for Seremban-Rawang (RM1.5 billion), Rawang-Ipoh (RM5.5 billion) and Ipoh-Padang Besar (RM12.485 bilion).

“The project will ease traffic congestion between the towns,” he said when winding up the Ninth Malaysia Plan Mid-Term Review debate for the ministry.

To a question by Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) on whether the ministry had carried out a study following claims that the project was not beneficial to the people, Ong said there was no truth to the claims.

“The project is not only to cater for the commuters’ needs but also in the handling of cargo,” he said.

Replying to Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) on KTM commuter services, Ong said studies showed that 93.17 per cent of train services arrived at stations not later than 15 minutes behind schedule.

He said only 3.97 per cent of those arrivals were between 15 and 30 minutes late while 0.46 per cent were between 30 and 60 minutes late, and cancellations 2.28 per cent.

Ong said there was still room for improvement and this would be done through adding extra coaches as well as periodic safety audits. ? Bernama

Pakatan Rakyat @ People’s Alliance

Satu berita yang sungguh bersejarah telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu pembentukan Pakatan Rakyat sebagai menyahut seruan rakyat Malaysia untuk mempunyai parti perikatan alternatif yang kuat sebagai lawan Barisan Nasional dalam politik Malaysia. Aku rasa rakyat Malaysia sudah matang untuk mempunyai sistem dua parti dalam demokrasi di negara kita ini.

Pembangkang tubuh Pakatan Rakyat

Apr 1, 08 2:15pm

Tiga parti pembangkang utama – PAS, DAP dan PKR – hari ini bersetuju untuk menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Penubuhan pakatan tersebut turut menyaksikan PAS dan DAP memulihkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.

Sebelum ini, DAP, PKR dan PAS, menganggotai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada tahun 1999.

Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudiannya kerana membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan hari ini yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat,” kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.

Majlis Kepimpinan

Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.

Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.

Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.

Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan. Sumber – Malaysiakini

Harapan aku supaya janganlah ada antara politicians nak mewujudkan phrase ‘SATU LAGI PROJEK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT’ pulak..Jika itu berlaku, aku adalah orang yang paling kecewa..

Kroniknya Aku Nih…

Dah lama rupanya aku tak update blog ni..Sebenarnya, aku berada dalam keadaan malas yang amat kronik!! Aku malas..malas…malas dan malassss…!!!Aku terasa macam banyak benda nak kena settle dekat office sampaikan aku tak ada idea untuk aku lepaskan di sini..Kalau berkelapangan, banyak masa aku habiskan dengan membaca..Nak karang artikel? Sorrylah, urat tangan aku tengah kendur nih..Bagaimanapun, aku akan cuba update sedikit demi sedikit..Momentum untuk berblogging nih kena slow-slow..Kira macam keretapi lah..

Sedar tak sedar, aku sekarang menetap di negeri-negeri barisan alternatif..Banyak peristiwa berlaku yang menggemparkan hasil daripada pilihanraya 2008. Aku dah memang jangkakan pun keputusan PRU2008..Dah ada satu daripada artikel yang lepas yang menggambarkan sentimen aku nih..Tapi apa yang aku nak lihat ialah keadaan selepas pilihanraya nih..Aku nak tengok bagaimana pemimpin-pemimpin memberikan respon kepada keputusan pilihanraya..Kita tengoklah nanti..

Dalam pada masa yang sama, aku dah bosan dengan kerja aku sekarang nih. Dah jadi makin tak adventure. Asyik terperap je dalam office!..Boring siut!! Jiwa aku tak sesuai untuk buat kerja administrative lahh!! Jadi, aku nak buat sesuatu untuk hilangkan kebosanan aku ini. Salah satunya, aku nak menceburkan diri dalam industri takaful. Setelah membuat research secara sukarela dan sepenuh hati, kemudian bertemu seorang pegurus agency yang agak berjayalah jugaknya, aku pun menyatakan minat untuk menjadi ejen takaful. Minggu depan aku akan sit untuk peperiksaan Pre-Contract Examination For Insurance Agent. Dah lulus nanti, bolehlah aku menjadi ejen takaful yang berdedikasi.. Beranganlah sikit beb!!

Nantilah aku update lagi apa aku dah buat…

Salah satu komen yang agak menarik oleh pengunjung blog Datuk Seri Anwar Ibrahim…

NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?

Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan….

Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most sustainable And Ethical Companies’.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya,berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh,katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.

Sebagai perbandingan,harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar.Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat-syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB…(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini….)

Najib kata berjimatlah.Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan.Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.

Kesimpulannya,ketelusan,kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar ‘tidak pada bail out’ dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah…. sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara… RAKYAT MENJADI MANGSA… SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK…….

Power to the people!

« Newer Posts - Older Posts »