Aku ketagih Mafia Wars

Mafia Wars
Mafia Wars! Aku sudah sampai ke tahap kronik dah ni dalam ketagihan ini. Asalnya bermula bermain hanya untuk membuang masa selepas stress berkerja tapi dah jadi ketagihan nak bermain setiap hari. Walaupun kronik, masih lagi terkawal wang ringgit. Aku belum lagilah sampai ke tahap nak membeli rewards point untuk bantu menjadi mafia terhebat. Susu anak aku lagi penting daripada weapon terhebat yang boleh dibeli…
Aplikasi games Facebook memang boleh membuat kita ketagihan. Hebat sungguh programmers di Zynga iaitu company yang terlibat dalam membangunkan aplikasi ini.
Bagi aku kalau nak hilang ketagihan ini kena kuatkan semangat je. Sebelum ni aku ketagih lagi satu game facebook iaitu FarmVilles. Dan aku tahu ramai bapak/mak budak yang mempunyai ketagihan kronik ini. Ada seorang tu, siap boleh pesan dekat bini suruh tengokkan ladang Farmville bila dia pergi kerja. Nak jadik petani moden la kononnya..Hahahaha..Berbalik kepada cerita ketagihan, aku kuatkan semangat dan block terus application FarmVilles. Bila dah tak nampak maka tak terasalah nak main. Mafia Wars? Tunggulah bila aku dah jemu nanti.
Bestnya kalau duit Mafia Wars tu duit aku dalam bank sekarang! Banyakkkkk tuuuuu…

Ayam Organik Az-Zain

Mari bercerita tentang ayam organik..Aku beli ayam ni last week. Saja nak try sebab ada pengedar product frozen Az-Zain dekat dengan rumah. Sebelum ni kalau nak beli ayam, aku ke kedai runcit dekat blok sebelah. Untuk seekor ayam organik yang aku beli ni harganya RM15.00. Oklah jugak sebab ayam bukan organik pun harga lebih kurang tu jugak kalau beli seekor. Selalunya bila aku membeli ayam bukan organik, masalahnya lemak terlalu banyak. Lenguh oooo nak membuang lemak ayam ni..Aku sangat tidak suka dengan lemak-lemak ayam nih walaupun aku sendiri dah berlemak melebihi tahap normal. Dah ada lemak banyak, takkan nak tambah dengan lemak ayam lagikkaann?..Mau naik lemak pulak aku nanti..Dan faham-faham sajalah, ayam tak organik atau ayam aircond ni telah dicucuk dengan pelbagai bahan kimia untuk tumbesaran yang pantas dan berlemak krim. Itu sungguh tidak bagus bagi kesihatan anda untuk jangka yang panjang. Macam bagus je aku nih..Haha..

Seperti yang dijangka, ayam organik Az Zain nih amat kurang sekali lemaknya. Semestinya hati ku gumbira dan akan terus setia dengan ayam organik ini..Lagi satu pengeluar ayam organik adalah  HPA tapi agak susah nak mencari stokis di sini laa..Bab halal tu tak payah lah aku cerita. Korang paham-pahamkan sendiri lah ye..Cuma aku pasti ramai yang akan memilih ayam organik ini berdasarkan faktor kebersihan dan kesihatan. Errrr….Ayam-ayam lorong gelap tu ada organik punya tak?…

The Mines

Errmm..Apasal aku dah lama aku tak pergi The Mines ah?. Sebab tak best kot..Shopping complex yang lain-lain lagi besar kekdahnya. Lagipun jauh lah lokasi The Mines dari rumah. Tapi, last weekend Azam & family telah menjejakkan kaki ke sana. Apa mimpi tah bini aku tu. Katanya nak carik selipar Crocs untuk Haikal. Macam dekat 1-Utama takde selipar Crocs je…Nak parking je terbang RM6 sebab parking dekat Valet Parking..Ambik kau!! Nak buat macamana sebab parking biasa que dekat satu kilometer hah (ada nasik tambah sikit dekat sini..)

Best jugak ye sekarang The Mines ni. Banyak kedai-kedai baru dan mesti ada buat refurbishment sebab nampak lively berbanding 5-6 tahun lepas.

Haikal bila nampak air je, terus jerit “Air!Air!”, macam tak pernah nampak air. On the way nak pergi Crocs outlet, ternampak maskot-maskot Despicable Movie. Budak manalah jadik mangsa pakai props yang berat tu. Tak mungkin adult sebab nampak saiz sangat kecil.

Nampak makhluk alien yang sebelah kiri tuuuu….Saiz lebih kurang sama dengan budak yang pegang belon tu je..Haikal jerit je kuat tapi tak nak bergambar dengan karektor Despicable. Dekat outlet Crocs, just tengok-tengok macam tu je sebab tengah takde SALE..(Dalam hati, “Selipar je..!Kalau buang chop Crocs tu mau harganya tinggal RM5 je..”.) Balik rumah lagi baik…

On the way keluar, nampak outlet Fruitland. Nengok poster terliur nampak ABC dia…Tergoda kitaorang jap kat situ meng-order  Strawberry Sago Lolo dengan Mix Fruits Sago Lolo. Slurrpphhhhh!!! Sedappppp…Ada logo Halal Jakim lagik..

Strawberry Sago Lolo (RM6.90)

Mix Fruits Sago Lolo

Mix Fruits Sago Lolo (RM8.90)

Kesimpulannya, boleh cuba lagiklah..Cuma untuk Strawberry Sago Lolo, gambar dalam menu sangat mantap tapi bila sampai yang realnya, agak mengecewakan…Tapi dari segi kesedapan aku kasi 5 bintang… 🙂

Debat semalam memperlihatkan siapa yang mempertahan kesusahan rakyat dan siapa pula yang pertahankan towkey-towkey kaya (baca: kroni). Sangatlah dangkal! Situasi global tidak boleh ditolak tapi dalam masa yang sama mesti mempertahankan rakyat. Ini adalah tanggungjawab kepada rakyat. Debat ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah. Ia lebih menjuruskan kepada memberikan penjelasan kepada situasi kesempitan ekonomi yang berlaku sekarang.Daripada menjelaskan kepada rakyat langkah kerajaan menaikkan harga minyak adalah untuk membantu rakyat jangka panjang, wakil kerajaan nampaknya lebih berminat menyerang peribadi. Adakah ini kualiti yang dimiliki oleh menteri kabinet tika ini.? Jika ya, amatlah sedih sekali! Lihatlah berita stesen TV dan akbar-akbar tempatan hari ini termasuk juga artikel dibawah ini. Masih tidak mahu menerima realiti kedangkalan diri sendiri. Masih mahu menunjukkan dia hero. Cukup-cukuplah dengan politik kotor itu. Ambil pendekatan yang baik walaupun datang daripada pihak lawan demi untuk rakyat bukan untuk kroni.

Shabery: Democracy the winner
By Shannon Teoh

Shabery Cheek says democracy was the winner
PARLIAMENT, July 16 – Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek called last night’s fuel price debate a victory for openness.

“I don’t think there was a winner or loser as we both got our views across. Democracy was the real winner and I hope this begins a culture of debate and institutionalises it in our political landscape,” he said.

He also said that he was satisfied with his own performance in last night’s one-hour debate with PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim which was broadcast “live” over Astro Awani, TV9 and Bernama TV at 9pm with a delayed telecast over TV3 at 11pm.

“I got hundreds of SMSes, like I won an election. Some said I did very well, some were angry with me.”

He also denied that he had made personal attacks on Anwar last night but was merely establishing Anwar’s lack of credibility.

“We need to establish what were his prior policies to see if his ideas today have credibility. I was not making personal attacks such as critcising his clothes, his preferences, his face. But when he referred to my time at Semangat 46, now that was a personal attack.” – TheMalaysianInsider

Tahukah anda sebanyak 44% daripada pendapatan negara adalah sumbangan Petronas? Tahukah anda belanjawan negara kini asyik defisit saban tahun. Bagaimanakah keadaannya jika ditakdirkan minyak kurniaan tuhan ini habis besok hari. Takkah keadaan negara akan berada dalam situasi sangat daif. Kecekapan pengurusan belanjawan negara haruslah ditingkatkan. Hasil tidak dijangka atau bakal habis seperti minyak haruslah disimpan dan dilaburkan untuk generasi masa depan. Jangan terjerat dalam kerakusan sendiri kerana keadaan ini sangat bahaya seperti kata Tan Sri Hassan Merican

Petronas chief: Addiction to finite resources dangerous
The country has become too dependent on money from the oil and gas sector as its contribution accounted for over 50% of the Government’s revenue, said Petronas acting chairman and president Tan Sri Mohd Hassan Marican. – TheStar

Fikirkanlah!

Berikut adalah maklumat kajian terkini pendapatan isi rumah seperti yang yang dijawab oleh Senator Amirsham A Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan Dr Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput di Parlimen.

Kadar pendapatan
Peratusan
bulanan isi rumah

Keluarga



< RM 1000
8.6



RM 1001 – 2000
29.4



RM 2001 – 3000
19.8



RM 3001 – 4000
12.9



RM 4001 – 5000
8.6



RM 5001 – 10,000
15.8



> RM 10,000
4.9





100.0

Kajian ini memberikan satu kesimpulan yang agak menyedihkan. Katakanlah pendapatan RM2000 dan ke bawah diambil sebagai aras cukup-cukup makan. Maknanya 38 peratus atau lebih kurang 10juta (total: 27juta) daripada rakyat Malaysia sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Mereka hidup cukup-cukup makan je dalam situasi inflasi yang mencanak-canak naik hari ini. Sangat menyedihkan!!!

Dalam masa yang sama rakyat dimomokkan untuk tukar cara hidup! Kalau sebelum ini naik bas pergi kerja, sekarang nak naik apa? Sebelum ini makan beras sekampit 5kg harga RM9.00, sekarang nak suruh makan ubi kayu ke? Cakap tak serupa bikin macam inilah..Mereka senanglah cakap sebab bila pergi meeting naik jet peribadi yang minyak diisi daripada keringat rakyat.Minyak kereta mereka juga diisi dengan keringat rakyat dan isteri-isteri mereka shopping sakan di London dan Paris juga disponsor dengan keringat rakyat!!! Rakyat tidak bodohlah bengong!!

Older Posts »